Laila dan Majnun...
Romeo dan Juliet...
Rama dan Sita...
Salman Al-Farisi dan ??? *itu yg kita tak tahu.
Sahabat Rasulullah yg kisah hidupnya sangat panjang dalam mencari agama.
Bagaimana pula kisah cintanya ?? *curious la sikit.hehe.
Salman Al-Farisi apabila sudah waktunya untuk menikah telah jatuh hati ia akan seorang wanita Ansar yg mukminah lagi solehah.Tentu saja bukan sebagai kekasih atau dalam bahasa org muda skrg chikaro tetapi sebagai calon isteri yg dirasakan sgt tepat.
Walaubagaimanapun,dia merasa asing di bumi Madinah kerana di situ bukan tmpt kelahirannya dan dia hanyalah orang luar yg masih tidak arif akan budaya,adat dan masyarakat di situ.Apatah lagi untuk melamar gadis Madinah adalah perkara yg pelik untuk dilakukan oleh seorang pendatang.
Maka suatu hari,pergilah ia berjumpa Abu Darda' iaitu sahabat Ansar yg kini menjadi saudaranya dan lantas disampaikanlah hajatnya untuk meminang si gadis tersebut.Abu Darda' begitu girang menyambut berita yg dikhabarkan sehingga berpeluk-pelukanlah mereka berdua dek perasaan gembira.
Setelah cukup semua persiapan,berjalanlah kedua-dua mereka ke rumah sang gadis yg dihajati oleh Salman.
Sesampainya disana...
”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah
memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sehingga baginda
menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk
dipersuntingkannya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam loghat Bani Najjar yang paling murni. ”Adalah
menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk
dipersuntingkannya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam loghat Bani Najjar yang paling murni. ”Adalah
kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua,sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga inibermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang gadis menanti dengan segala debar hati.
”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha drpd Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakannya.” *
Jelas sudah di depan mata..
Bagaimana pula reaksi Salman Al-Farisi ?!
Sangat indah reaksi yg diberikan Salman.
Mengapa perkataan indah yg dipilih ?!
Kerana jawaban Salman sendiri.
”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
p/s : cinta tak semestinya memiliki.kalau asyik nak layan
heartbroken mmgx kemana la kita.masih adakah lelaki sebegini ??
heartbroken mmgx kemana la kita.masih adakah lelaki sebegini ??